Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M tukar pendirian, mahu k'jaan tapis Internet
Diterbitkan:  Aug 1, 2014 6:23 PM
Dikemaskini: 11:27 AM

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kini berpendirian bahawa sudah tiba untuk menapis Internet selepas beliau sendiri menjadi mangsa tapisan internet.

Menurutnya, beliau menyedari perkara itu apabila tulisannya tentang kaum Yahudi tidak dapat disiarkan di Facebook.

"Saya berbuat demikian (ubah fikiran) kerana mereka yang mengawal server menjalankan tapisan mereka sendiri terhadap perkara yang boleh diterbitkan di media alternatif.

"Saya sendiri menjadi mangsa tapisan demikian," katanya.

Menurutnya lagi, beliau sendiri sebelum ini terpaksa menukar platform blognya sebanyak tiga kali kerana satu firma antarabangsa enggan memberi perkhidmatan untuk penerbitan blognya.

"Sekatan juga adalah satu bentuk tapisan. Internet ini bukan alternatif percuma kepada media cetak dan elektronik yang dikatakan dikawal oleh kerajaan. Ia tertakluk kepada lebih banyak tapisan berbanding yang diamalkan oleh kerajaan.

"Mereka yang menjadi tuan rumah kepada pelantar dan pelayan ini boleh menapis. Dan ada banyak cara lain tersedia buat pengawal media baru yang berkuasa ini untuk menapis demi kepentingan politik mereka," katanya.

Katanya, beliau berpendirian bahawa akhbar perlu ditapis, dan media baru pula menurutnya menikmati kebebasan yang lebih terhad berbanding media tradisional.

"Tiada kebebasan di media alternatif. Kerajaan dan pemilik server dan platform serta pihak lain boleh menapis media alternatif.

"Kebebasannya lebih terhad berbanding media cetak dan elektronik yang beroperasi dengan lesen kerajaan.

"Saya rasa tiba masanya kita berhenti bercakap mengenai kebebasan akhbar. Kita perlu akui yang akhbar juga perlu ditapis. Ia perlu ditapis kerana kebebasan, sebarang bentuk kebebasan akan sentiasa terdedah kepada salah guna,” katanya.

Beliau mengajurkan agar tapisan di Internet itu menyekat kandungan pornografi untuk mengelakkannya dari dilihat oleh kanak-kanak.

"Salah guna paling teruk adalah daripada segi moral.

"Saya tidak peduli betapa sucinya kebebsan tetapi saya rasakan masanya sudah tiba untuk kerajaan, sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia untuk menapis internet," tulisnya.

Lihat Komen
ADS