Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi Dewan Penyokong PAS (DPP) Pulau Pinang Asokan Perumal tidak tertekan dengan desakan supaya meninggalkan parti Islam itu hanya kerana perkataan 'menghina' yang digunakan oleh seorang pendakwah Islam.

Asokan berkata beberapa pihak termasuk MIC mendesak beliau meninggalkan PAS, tetapi beliau tidak akan berbuat demikian memandangkan pendakwah, Shahul Hamid telah memohon maaf secara terbuka.

"Saya lihat tidak sebab untuk meneruskan isu ini. Perkataan yang menghina agama Hindu yang diucapkan oleh Shahul menjadi perkara pertama dan terakhir kepada mana-mana pendakwah lain," kata kepada Malaysiakini.

"Jiwa saya bersama PAS sebab saya mengikuti jalan agama. PAS tidak pernah menyuruh saya menukar agama atau menjadi seorang Muslim," katanya yang juga ketua penerangan DPP peringkat pusat.

"Saya akan teruskan perjuangan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam PAS. Dia pantas untuk meredakan isu itu (dengan masyarakat Hindu) dengan meletakkan gambar saya dan beliau dalam media sosial," kata Asokan, anak angkat kepada bekas menteri besar Kelantan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS