Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cubaan heret Israel ke mahkamah antarabangsa

Menteri Luar Palestin Riad al-Malki berkata terdapat “bukti jelas” jenayah perang Israel dalam serangannya di Gaza dalam pertemuannya dengan penyiasat Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada Selasa bagi memberi tekanan supaya siasatan dibuat.

Malki melawat The Hague sejurus selepas Israel dan Hamas, kumpulan Islamis Palestin yang menguasai Gaza, memulakan gencatan senjata 72 jam yang dimajukan Mesir bagi membuka jalan rundingan ke arah gencatan senjata lebih lama.

Minggu lalu, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalankan ikuiri terhadap pencabulan hak asasi manusia dan jenayah dilakukan Israel semasa perang, yang menyebabkan kematian orang awam dan kerosakan di pihak Palestin.

“Apa yang berlaku dalam tempoh 28 hari menjadi bukti jelas jenayah perang Israel, mewujudkan jenayah besar terhadap kemanusiaan,” kata Malki.

“Tidak sukar untuk kita menunjukkan atau membina kes ini. Buktinya sedia ada untuk dilihat dan dikutip. Israel jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Israel sebaliknya memberi alasan telah cuba mengelakkan kematian orang awam.

Negara itu juga mendakwa Hamas sendiri meletakkan penduduk dalam bahaya dengan melancarkan roket daripada daerah yang padat dengan penduduk.

Lihat Komen
ADS