Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Calon presiden Indonesia yang tewas Prabowo Subianto kini meletakkan ikhtiar terakhir bagi menukar keputusan pilihan raya dengan memberitahu mahkamah tertinggi republik itu bahawa proses demokrasi itu tercemar dengan penipuan besar-besaran.

Mahkamah Perlembagaan Indonesia bagaimanapun dispekulasi meluas akan membuat keputusan tidak memihak kepada Probowo yang tewas kepada Gabenor Jakarta Joko Widodo dalam pilihan raya presiden paling sengit dalam sejarah Indonesia itu.

Mahkamah akan membuat keputusan sebelum 21 Ogos dan keputusan itu tidak boleh lagi dirayu.

Ketidakpastian undang-undang berhubung pilihan raya itu menyebabkan dasar baru penting berkaitan pembaharuan ekonomi terpaksa menanti seorang presiden 'muktamad' untuk memutuskan kenaikan kos subsidi bahan api.

“Ada amalan (pengundian) yang hanya berlaku di negara totalitarian seperti Korea Utara,” kata Probowo kepada mahkamah di depan sembilan hakim yang mendengar kes itu.

“Sekarang kita berdepan pemerkosaan terhadap hak-hak demokratik kita.”

Ratusan penyokong Prabowo mengadakan protes di luar mahkamah ketika pendengaran bermula, menyebabkan tafik perlahan di Jakarta Pusat.

Tiada keganasan dilaporkan di Jakarta, dengan lebih 20,000 polis ditempatkan di seluruh ibu negara Indonesia itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS