Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sukaneka bogel: Guan Eng tuding jari pada renjer

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng beliau terkejut dengan dakwaan bahawa seorang renjer berada di lokasi kegiatan aktiviti sukaneka bogel kontroversi di kawasan hutan simpan di Teluk Bahang.

Katanya, seorang peserta kegiatan tersebut menulis komen di Internet bahawa renjer berkenaan, yang masih belum dikenalpasti oleh pihak berkuasa, turut membantu menyalakan unggun api untuk para aktivis tersebut.

"Ini sangat aneh. Saya belum melihat video berkenaan, tetapi difahamkan ada seorang renjer di latar belakangnya. Renjer tersebut bertugas pada hari itu.

"Nampanya, kumpulan tersebut memaklumkan kepada renjer tersebut mengenai kegiatan mereka dan terus menjalankannya.

"Selepas program itu, mereka mendapatkan bantuan beliau untuk menyalakan unggun api. Beliau turut membantu menuangkan minyak gasolin untuk membantu menyalakan api,” katanya.

Lim menggesa pihak berkuasa Taman Negara bertindak ke atas perkara tersebut memandangkan kawasan itu tertakluk bawah bidang kuasa Kementeri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau merujuk kepada rakaman video menunjukkan kegiatan sukaneka bogel bertajuk "Penang Nudist Sports Games 2014", yang berlangsung di Teluk Kampi, di lokasi Taman Negara.

Dalam video tersebut, individu yang dipercayai berusia antara 30 hingga 45 tahun itu antaranya ditunjukkan membuat lukisan di badan dan menari di keliling unggun api dalam keadaan bogel.

Polis setakat ini dilaporkan mengenalpasti 15 orang individu, termasuk tujuh orang warga tempatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS