Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pegawai kanan Hamas di Kaherah pada lewat Rabu berkata, tiada perjanjian dicapai antara Israel dan Palestin untuk menyambung gencatan senjata 72 jam yang bermula pada Selasa.

Beberapa jam lalu Israel berkata pihaknya bersedia menyambung gencatan senjata yang berakhir Jumaat ini dan sudah menghantar deligasi ke Kaherah semalam untuk menyambung rundingan yang menggunakan Mesir sebagai orang tengah.

“Tiada perjanjian untuk memanjangkan gencatan senjata,” kata Moussa Abu Marzouk di Twitter beliau.

Walaupun bertindak sebagai kepimpinan politik Hamas, beliau bagaimanapun tidak berada dalam kelompok dalaman pergerakan Islam itu, tetapi berhubung langsung dengan Mesir sepanjang rundingan itu.

Pegawai Mesir pada lewat Rabu berkata rundingan masih berlangsung.

Obama harap gencatan disambung

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama pada Rabu menyatakan dokongannya pada usaha Mesir ke arah gencatan senjata di Gaza tetapi berharap penyelesaian lebih lama supaya wilayah itu “tidak selamanya tertutup kepada dunia”.

Obama berkata, matlamat jangka pendek AS supaya gencatan senjata sementara dapat dipanjangkan selepas tamat tempohnya esok.

Lihat Komen
ADS