Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR menggiatkan kempen ke atas kesemua 43 orang wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor untuk menyatakan ikrar bahawa mereka hilang keyakinan ke atas kepimpina Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kempen berkenaan disasarkan untuk menggulingkan Khalid, yang enggan berganjak dari jawatannnya, kata bendahari PKR William Leong.

Kesemua ADUN PKR itu diarahkan menandatangani pengakuan berkanun yang menyatakan bahawa mereka hilang keyakinan ke atas Khalid dan akan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru.

“Ini diumumkan oleh timbalan ketua PKR Selangor Zuraida Kamaruddin semasa beliau mempengerusikan mesyuarat (dua hari lalu),” kata peguam tersebut yang menderaf pengakuan berkanun tersebut dengan bantuan beberapa orang anggota parti.

Selain itu, PKR juga mahu PAS dan DAP mengarahkan wakil rakyatnya menandatangani ikrar sama.

Langkah ini dilihat sebagai usaha awal untuk mengelakkan masalah yang mungkin timbul sekiranyau undi tidak percaya dijalankan ke atas Khalid di DUN.

DAP dan PKR mempunyai 28 kerusi (tidak termasuk Khalid) di DUN. Sekiraya PAS (15 kerusi) da Umno (12 kerusi) dikira bersama undi Khalid, ia akan memberi jumlah sama, 28 kerusi.

Laporan setakat ini menyebut, sekurang-kurangnya 12 dari 14 orang ADUN PKR sudah menerima pengakuan berkanun tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS