Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar dapat kesepakatan DAP, potong kek hari jadi

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai kata sepakat dengan DAP berhubung isu menteri besar dan akan mengadakan pertemuan sama dengan pemimpin PAS selepas ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat DAP membincangkan isu itu, Anwar mengucapkan terima kasih kepada DAP dan berkata kedua pihak sepakat dalam isu itu.

Beliau berkata akan bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti Islam itu tidak lama lagi.

Abwar berkata, krisis menteri besar harus diselesaikan segera bagi membolehkan kerajaan negeri berfungsi dengan baik.

“Perkara ini harus diselesaikan dengan cepat supaya negeri dalam berfungsi secara berkesan,” katanya.

Beliau menggesa Khalid menghormati keputusan yang dibuat kerana majoriti sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Selepas mesyuarat itu, DAP juga meraikan ulang tahun kelahiran Anwar yang ke-67 dengan acara memotong kek hari jadi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS