Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pengamal nepotisme yang paling besar.

Menurut Nazri ( kiri ), Anwar merupakan seorang nepotisme peringkat tertinggi kerana sanggup memecat rakannya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR semata-mata mahu menjadikan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

"PKR ini macam mana nak bagi keadilan pada rakyat kalau pada ahli parti dia sendiri pun tak bagi keadilan. Sungguh malang. Anwar ini sanggup buang orang semata-mata untuk menaikkan isteri dia.

"Ini nepotisme yang paling tinggi sekali. Memecat seorang lelaki yang mempunyai kelayakan yang bagus semata-mata untuk isterinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pemecatan Khalid Sabtu lalu.

Selain itu, Nazri juga berkata, apa yang ditunjukkan Anwar kini merupakan satu sifat kepimpinan yang sangat teruk.

Katanya, beliau berharap supaya seluruh rakyat terutamanya di Selangor dapat menilai bagaimana cara kepimpinan yang ditunjukkan oleh ketua umum PKR itu.

"Anwar telah tipu (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), tipu Umno. Sekarang dia tipu kawan dia, tipu PAS. PKR pun dia tipu. Saya ada baca dua tiga hari lepas Anwar kata Khalid ini bagus dan seorang kawan lama, tapi lepas dua hari, dia pecat (Khalid).

"Jadi ini menunjukkan satu cara kepimpinan yang sangat teruk. Saya harap rakyat Selangor akan buka mata dan tak terima dia (Anwar) sebagai pemimpin," katanya lagi.

Sabtu lalu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Khalid dari parti dan berkuat kuasa serta merta ekoran tindakan beliau enggan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, hari ini peguam Khalid telah menghantar notis guaman kepada PKR kerana memecat beliau.

Dalam notis itu Khalid meminta pihak parti mengemukakan maklumat mengenai siapa yang mengemukakan maklumat siapa yang menghadiri mesyuarat lembaga disiplin itu.

Lihat Komen
ADS