Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kedudukan Khalid, Umno S'gor bermesyuarat hari ini

Umno Selangor akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan perkembangan terkini dalam isu kedudukan menteri besar Selangor.

Ini ekoran keputusan Sultan Selangor yang perkenan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.

"Perkembangan itu baru berlaku hari ini. Kita belum ada apa-apa perbincangan setakat ini," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Abdul Shukor Idrus kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada Umno akan menyokong kedudukan Khalid untuk kekal sebagai menteri besar, beliau berkata: "Kita tunggu arahan dari kepimpinan parti."

Abdul Shukor memberitahu Malaysiakini demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khalid yang berkata Sultan Selangor perkenan beliau kekal menjadi menteri besar, selepas menghadap baginda hari ini.

Sebelum itu, Dewan Diraja Selangor bermesyuarat membincangkan perkara berkaitan kedudukan Khalid selepas beliau dipecat sebagai ahli PKR Sabtu lalu.

Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai 56 kerusi, iaitu DAP (15), PAS (15), BN (12) dan PKR tinggal 13 kerusi selepas memecat Khalid dari parti itu.

Lihat Komen
ADS