Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Husam laung amaran risiko PAS keluar Pakatan
Diterbitkan:  Aug 12, 2014 11:00 AM
Dikemaskini: 3:56 AM

Jika PAS keluar Pakatan Rakyat, parti itu memerlukan tiga dekad bagi membetul dan meyakinkan orang terhadap parti itu seperti yang mereka kecapi ketika ini, tegas Naib Presidennya Datuk Husam Musa.

Menulis dalam laman Facebooknya semalam, Husam berkata ia merupakan pengalaman yang dilaluinya sewaktu beliau muda yang mana ketika itu PAS bersendirian dan keluar daripada BN lewat tahun 1970-an.

"Saya muda masa tu, lihat seolah PAS tak ada masa depan. Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal dua kerusi. Tapi yakinlah bahawa Syed Qutb pernah sebut; al-Mustaqbal fi hadzad deen (masa depan hanyalah untuk Islam).

"Sekarang dah berbeza, kita jauh lebih baik dari dahulu. Tapi kalau ada yang kata keluar PR (Pakatan Rakyat) lebih baik saya tak tahu la. Saya dah berumur, tak ada masa nak patah ke belakang, dan buat salah dan perbetul balik.

"Tapi jika ada adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tak pasti. Percayalah kita perlu 30 tahun nak betulkan dan yakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi sekarang lebih baik," katanya.

Beliau mengulas berhubung spekulasi Pakatan akan pecah dan PAS akan meninggalkan gabungan parti pembangkang itu ekoran krisis menteri besar yang semakin meruncing.

Hanya PAS dan wakil rakyat dalam DUN Selangor yang masih belum membuat keputusan sama ada menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Lihat Komen
ADS