Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden PAS belum mahu beri kenyataan isu MB

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS

Pusat, Ahad ini.

Demikian menurut Setiausaha Khas kepada Presiden PAS Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Lewat petang semalam, Abdul Hadi mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel dekat Kuala Ibai di Kuala Terengganu.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Anwar menyifatkan pertemuan itu sebagai berjaya membawa perkembangan positif.

Usaha media mendapatkan kenyataan daripada Abdul Hadi berhubung pertemuan itu bagaimanapun masih tidak berjaya sehingga kini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS