Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan NGO yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan mengadakan bantahan terhadap harga rumah yang "melambung", di luar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya minggu depan.

Setiausaha Agung  PSM, S Arutchelvan (kanan) memberitahu

Malaysiakini ia ekoran perbincangan meja bulat antara PSM dengan pihak-pihak yang berkepentingan pada bulan April, termasuk Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Aliran dan persatuan pengguna.

"Kami telah menghasilkan satu cadangan yang kami mahu serahkan kepada kerajaan persekutuan pada 20 Ogos, di samping membantah harga rumah yang melambung.

"Hujah utamanya ialah rumah menjadi hak asas tetapi kini spekulator membeli rumah hanya untuk menaikkan harganya, menjadikannya satu perniagaan," kata Arutchelvan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS