Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakar: Tindakan pecat exco ikut undang-undang
Diterbitkan:  Aug 13, 2014 12:10 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Pakar Perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat bahawa tindakan menteri besar Selangor memecat enam orang anggota exco masih mengikut undang-undang kerana ia selari dengan amalan sistem Westminster.

Sebaliknya, ia akan dilihat bertentangan dengan konsep “kerajaan bertanggungjawab” di mana kerajaan bertanggungjawab kepada parlimen dan bukannya ke atas sultan.

“Prinsip yang menentukan keabsahan pemecatan jawatan itu jelas. Di sini, sultan hanya menjalankan tugas rasmi dan istiadat.

“Tindakan memberi kuasa (memecat anggota exco) di sini bercanggah dengan konsep kerajaan bertanggungjawab dan tidak demokratik,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini.

Kini, isu pemecatan itu hanya melibatkan butiran kecil seperti pengeluaran surat rasmi, katanya.

Beliau mengulas pandangar profesor undang-undang Gurdial Singh Nijar yang berkata tindakan Khalid semalam yang memecat exco PKR dan DAP berkuatkuasa serta merta adalah tidak sah.

Beliau membangkitkan Perkara 53(7) undang-undang tubuh negeri yang menurutnya hanya memberi kuasa kepada sultan untuk memecat anggota exco.

Gurdial juga berpendapat, peruntukan itu menetapkan bahawa menteri besar hanya boleh memberi syor kepada sultan, yang boleh atau tidak boleh diterima.

Katanya, walaupun anggota exco atau kabinet dilantik mengikut budi bicara ketua negeri, kuasa sebenar berada di tangan ketua pentadbiran seperti perdana menteri atau ketua menteri dan menteri besar.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS