Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan Liwat II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambah hukuman itu.

Perkara itu diputuskan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif dalam kamarnya di mana beliau juga tetap 14 Oktober untuk mendengar rayuan Anwar bagi menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam kanan daripada mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan itu.

Ini dinyatakan oleh peguam Ram Karpal Singh yang mewakili Anwar bersama-sama dengan N Surendran dan Latheefa Koya.

Pada awalnya, mahkamah tertinggi itu mahu mendengar rayuan itu pada 8 dan 9 September tetapi ia dibantah oleh peguam Anwar yang mengatakan peguam utama Datuk Sulaiman Abdullah cuti sakit sehingga 13 Oktober.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS