Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Umno Sabah hanya boleh diurus oleh pemimpin yang memahami hasrat sebenar rakyat Sabah kerana ia memiliki keunikan tersendiri, kata Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak.

Beliau berkata Umno Sabah mempunyai sejarah berbeza dan persekitaran serta isu di negeri ini tidak sama dengan Semenanjung.

Bagaimanapun, dengan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti yang sentiasa memahami hasrat dan kehendak rakyat Sabah, Umno Sabah diyakini akan terus bertahan dan relevan sepanjang masa.

"Umno Sabah tidak boleh disamakan dengan Umno di negeri lain. Di sini, bukan semua anggotanya beragama Islam seperti di Semenanjung Malaysia. Kami ada anggota Umno yang ke gereja (Kristian), anggota yang tidak ada agama (pagan), yang menyambut Krismas, tetapi kesemua mereka bersatu dan menghormati satu sama lain," katanya.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata demikian pada penutupan Mesyuarat Perwakilan Umno Kota Belud, sambutan Hari Raya wakil rakyat dan Umno Kota Belud di Kota Belud, hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Perhubungan Umno Sabah merasmikan majlis penutupan itu.

-- Bernama

Lihat Komen
ADS