Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Presiden PKR N Surendran ditahan petang ini kerana didakwa menghasut berkaitan ulasannya mengenai kes Liwat II membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Ketua biro undang-undang parti itu, Latheefa Koya, berkata Surendran ditahan pada jam 7.25 malam dan akan didakwa esok.

Surendran, yang merupakan peguam Anwar dalam kes Liwat II, hadir di Balai Polis Pudu selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

 

Latheefa (kanan) menyifatkan tuduhan yang Surendran mungkin  hadapi sebagai keterlaluan kerana kenyataannya masih belum direkodkan. Bagaimanapun, pihak polis meneruskan tindakan untuk mendakwanya.

Beliau menjangka pihak berkuasa bertindak atas laporan polis yang dibuat terhadap Surendran.

Awal hari ini, Anwar dalam satu kenyataan akhbar menuduh Umno campur tangan dalam rayuannya terhadap sabitan kes Liwat II dengan mengganggu Surendran.

PKR juga mengeluarkan kenyataan yang sama melalui  pengarah komunikasinya, Fahmi Fadzil yang berkata Surendran akan didakwa di mahkamah Jalan Duta.

Katanya, ia berhubung kenyataan Surendran bahawa tuduhan Liwat 11 terhadap Anwar adalah satu konspirasi politik yang didakwa melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Surendran, yang juga ahli Parlimen Padang Serai, dijangka diwakili peguam M Puravalen. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Surendran dibebaskan malam ini dengan jaminan polis berhubung satu waran tangkap terhadapnya yang dikeluarkan petang ini.

    

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata Surendran menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju jam 7.52 malam diiringi peguam Latheefah Koya.

    

"Surendran telah dibebaskan dengan jaminan polis untuk hadir di Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada Jam 8.30 pagi esok (Selasa) untuk pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi hari ini.   

 

Sementara itu, Surendran yang juga peguam kepada Anwar, ketika ditemui selepas dibebaskan berkata tuduhan terhadapnya esok tidak memberi kesan terhadap tugasnya sebagai peguam Anwar dalam rayuan kes liwat kedua pada Oktober depan.

    

"Saya bantah keras tuduhan ini dan kita akan terus lawan demi negara Malaysia yang lebih baik," katanya.

Lihat Komen
ADS