Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga anggota tentera maut kereta terbabas
Diterbitkan:  Aug 19, 2014 8:45 AM
Dikemaskini: 9:11 AM

Tiga anggota tentera maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Tanah Putih, Batu 3 di Kuantan tengah malam tadi.

    

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata mangsa yang terbunuh Mohd Fahmi Jap, 25, Mohd Ilias Abu Seman, 23, dan Mohd Faizal Zainol, 26.

    

Rakan mereka yang cedera parah pula ialah Shamzuri Awang, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

    

Beliau berkata kesemua mereka merupakan anggota tentera daripada Rejimen Pertama Kor Amor Diraja (1 KAD) dari Kem Batu 10 di Kuantan.

    

"Kemalangan berlaku kira-kira jam 11.55 malam tadi, mereka dalam perjalanan ke arah Gambang dari Kuantan.

    

"Siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian kereta jenis Honda yang dipandu Mohd Fahmi terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok lalu termasuk ke dalam longkang di situ," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

    

Mohd Noor berkata akibat kejadian itu tiga mangsa mati di tempat kejadian dan seorang mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

    

Mayat kesemua mangsa kemudian dihantar ke HTAA untuk dibedah siasat.

    

Semasa kejadian hujan lebat, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS