Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibrahim Ali sambut 'konspirasi' projek babi
Diterbitkan:  Aug 19, 2014 4:19 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Selepas Ridhuan Tee, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula mengaitkan pertukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebuah projek penternakan babi di Sepang.

Ibrahim berkata, DAP berjaya menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam percaturan jawatan menteri besar kerana ketua umum PKR itu didakwa akan mengiyakan apa sahaja kehendak mereka.

“DAP sedikit sukar dengan TSKI (Khalid), ie (contohnya) ladang babi di Sepang,” katanya dalam kenyataan melalui SMS hari ini.

Ridhuan ( kanan ), penceramah agama dan kolumnis kontroversi semalam mengaitkan kemarahan terhadap pentadbiran Khalid dengan projek penternakan babi bersepadu bernilai RM100 juta yang belum dilaksanakannya.

Ridhuan juga bimbang jika projek itu dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai “darul babi” dan menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam.

Ibrahim ( bawah ) juga berkata, dengan itu lengkaplah 'manapulasi' Anwar apabila berjaya “menambat” PAS melalui dua anggota Dewan Undangan Negerinya “yang taat pada Anwar dan tidak kepada presiden PAS”.

“PAS dan Umno takut bersatu kerana digertak oleh bangsa lain. PAS mangsa manipulasi Anwar dan Anwar alat DAP.

PAS pula dakwanya hanya mengikut sahaja kehendak DAP.

Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) sebelum ini memberi sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum jawatankuasa pusat PAS memutuskan perkara itu.

Lihat Komen
ADS