Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua anggota tentera maut kereta perisai terbalik
Diterbitkan:  Aug 19, 2014 5:00 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Dua anggota tentera maut dan empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Sungai Tiram di Batu 19 dekat Sandakan hari ini.

    

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata mereka yang dikenali sebagai ketua kru, Sarjan Mohd Hanif Patahur, 31, dan Prebet Ahmad Feleni Mansor, 23, mati di tempat kejadian.

    

Mereka yang cedera ialah pemandu kereta perisai Mohd Faizal Ahmad, 29, Mohd Amaruddin Che Soh, 29, Mohamad Haffez Khairudin, 24, dan Ifaiznor Ismail, 29.

    

Insiden berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi, ketika kereta perisai yang dinaiki enam anggota tentera itu dan sebuah lagi kereta perisai dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ke 22, katanya ketika dihubungi Bernama.  

    

Beliau berkata empat anggota yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Fadzil berkata siasatan awal polis mendapat kemalangan berlaku selepas kereta perisai yang dipandu Mohd Faizal dalam perjalanan dari Kampung Sungai Tiram ke Kem Sri Kinabatangan.

    

Katanya setibanya di tempat kejadian, kereta perisai itu hilang kawalan lalu terbalik.

    

Sebelum itu, mereka melakukan rondaan keselamatan di Teluk Labuk.

    

Anggota tentera berkenaan dari RAMD ke-12 Kuantan, bertugas selama tiga bulan di Kem Sri Kinabatangan sejak 15 Julai lepas.

    

Jenazah kedua-dua mangsa, Mohd Hanif yang berasal dari Johor dan Ahmad Fikri  dari Kelantan, akan dihantar pulang ke kampung halaman mereka, esok.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS