Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LFL kutuk pendakwaan ke atas Surendran
Diterbitkan:  Aug 20, 2014 12:10 PM
Dikemaskini: 5:14 AM

NGO peguam hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) mengutuk pendakwaan ke atas peguam N Surendran mengikut Akta Hasutan yang didakwa akan mewujudkan satu kes pendulu yang tidak adil dan bersifat semberono.

Penyelaras undang-undang LFL, Michelle Yesudas berkata tindakan itu akan memboleh pendakwaan dibuat ke atas peguam semata-mata kerana pandangan guamannya bercanggah dengan pendirian kerajaan.

Ia sekali gus menindas kebebasan bersuara, kata Michelle.

Surendran yang merupakan Naib Presiden PKR dan MP Padang Serai bertindak mewakili Datuk Seri Anwar ibrahim dalam rayuan kes Liwat II yang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu.

Menurut Michelle, Surendran yang membuat analisis terhadap kes yang bersifat politik serta kritikan ke atas sistem perundangan dan dan kecacatan dalam keputusan Mahkamah Rayuan.

"Mengkritik penghakiman dan menyenaraikan kecacatan dalam penghujahan penghakiman adalah sebahagian daripada pendidikan dan amalan perundangan di seluruh dunia," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS