Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki maut ketika buru babi hutan
Diterbitkan:  Aug 20, 2014 1:26 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Seorang lelaki maut selepas terkena serpihan peluru yang ditembak rakan ketika kedua-duanya berburu babi hutan di sebuah kebun kelapa sawit di Pasir Garam, Kampung Gajah.

    

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata mangsa, Mohd Sarjidi Ibin berumur linkungan 50-an dan suspek, 55, yang merupakan rakannya ke kebun terbabit untuk memburu babi hutan kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam.

    

Ketika kejadian suspek dikatakan telah menembak seekor babi hutan, sebelum mangsa terkena serpihan peluru daripada tembakan itu, katanya.  

    

"Suspek melihat Sarjidi rebah ke dalam semak dan mendapati kepala mangsa berdarah. Suspek dikatakan telah membawa ke Hospital Changkat Melintang.

    

"Mangsa bagaimanapun dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 12.01 tengah malam tadi," katanya ketika dihubungi pemberita di Ipoh hari ini.

    

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS