Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lebih 500 orang peneroka Felda Palong 8 di Negeri Sembilan diminta menandatangani satu surat akujanji sebagai permohonan maaf atas saman yang difailkan ke atas agensi tersebut.

Surat tersebut dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Palong 8 pada hari Jumaat lalu.

Seorang peneroka tempatan yang enggan dinamakan memberitahu Malaysiakini bahawa beliau diminta mengembalikan surat tersebut pada 22 Ogos.

Katanya, surat tersebut dipercayai dikeluarkan selepas para peneroka memfailkan saman ke atas Felda di Mahkamah Tinggi Seremban pada tahun 2009.

Kes tersebut telahpun dirujuk ke Mahkamah Rayuan.

Para peneroka tersebut dipercayai akan dihalang menikmati hak mereka sebagai peneroka Felda sekiranya gagal menandatangani surat berkenaan.

Bagaimanapun, peneroka berusia 58 tahun itu berkata peneroka boleh memilih sama ada ingin menandatangani surat berkenaan atau tidak.

“Bagi saya, saya mungkin tandantangan surat tersebut, namun saya masih belum memutuskan sama ada akan mengembalikannya atau tidak.

“Saya akan tengok dulu. Jika perlu, saya mungkin akan tandatangan surat itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Peneroka itu juga mengesahkan bahawa rakan-rakannya yang memfailkan saman tersebut dinafikan hak mereka daripada menerima dividen dan bantuan wang tunai untuk hari raya dari Felda Global Ventures Holdings (FGV).

Ketika dihubungi seorang jurucakap Felda memberitahu Malaysiakini bahawa agensi berkenaan tidak memberikan apa-apa arahan untuk mengeluarkan surat akujanji kepada peneroka.

“Kami tidak mengeluarkan apa-apa arahan (supaya tandatangan surat). Arahan itu diberikan oleh JKKR Felda Palong 8 dan bukan dari kami,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS