Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kalau tak mahu Akta Hasutan, bangkitkan di parlimen'

Polis hanya menjalankan tugas apabila menyiasat kes-kes tertentu bawah Akta Hasutan kerana undang-undang wujud, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah.

Mazlan berkata mereka hanya penguatkuasa undang-undang yang bertindak mengikut arahan.

Menyentuh kes seorang pelajar yang disiasat bawah akta itu selepas menekan “like” pada Facebook “I Love Israel”, Mazlan berkata, siasatan dibuat selepas laporan polis dibuat pelajar itu selepas menerima ancaman daripada beberapa guru ekoran tindakannya itu.

“Jika ada pihak tertentu tidak mahu Akta Hasutan, mereka boleh bangkitkannya melalui ahli parlimen masing-masing di parlimen,” kata Mazlan.

Mazlan berkata demikian ketika sesi taklimat berkaitan Semakan Berkala Sejagat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Pulau Pinang hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan ACP Shafien Mamat pada 13 Ogos lalu dilaporkan berkata, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Nibong Tebal disiasat mengikut Akta Hasutan.

Bernama melaporkan, ia ekoran tindakannya menekan butang 'Like' I Love Israel di Facebook yang mencetuskan kontroversi di sekolah itu.

Shafien berkata, tindakan itu menarik banyak komen antaranya daripada guru sekolah yang meluahkan kekecewaan dan terdapat juga komen mengecam dan mencadangkan pelajar itu dibakar.

Shafien berkata keadaan itu menyebabkan pelajar berkenaan bimbang  ke sekolah dan membuat laporan polis di balai polis Tasek Mutiara dan menutup akaun Facebook miliknya.

Shafien berkata pelajar lelaki itu mendakwa tindakan menekan butang 'Like' itu dilakukan secara tidak sengaja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS