Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Exco Selangor Rodziah Ismail menerima permohonan maaf Portal Malaysia Gazette kerana mengeluarkan artikel yang didakwa memfitnah beliau.

Namun begitu, tegasnya, tulisan sedemikian memberi kesan yang sangat buruk kepada mangsa dengan mengaibkan mereka, hingga mampu merosakkan masa depan mangsa dengan pelbagai cara.

"Budaya membelakangi prinsip dan etika kewartawanan di Malaysia sudah menjadi berleluasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

"Ia membuka ruang untuk media dan wartawan diperalatkan oleh kelompok dan golongan tertentu yang membudayakan penyebaran isu dan perkara yang dusta dan palsu," tambahnya.

Rodziah mengulas mengenai permohonan maaf seorang wartawa  di Portal Malaysia Gazette semalam yang telah menyiarkan tulisan bertajuk "Rodziah lupa diri, tolak Khalid demi jawatan Ketua Wanita PKR" pada 18 Ogos 2014.

Wartawan itu dalam tulisannya di portal yang sama semalam mengakui tulisannya itu tidak benar.

Selasa lalu, Rodziah membuat laporan polis menuntut wartawan itu dan Malaysia Gazette menarik balik artikel dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada beliau.

Lihat Komen
ADS