Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
20 kenderaan jenazah melintas lalu di hadapan Agong
Diterbitkan:  Aug 22, 2014 11:47 AM
Dikemaskini: 8:02 AM

Dua puluh kenderaan yang membawa jenazah mangsa tragedi MH17 melintas lalu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, sejurus selepas negara bertafakur seminit pada pukul 10.54 pagi untuk menghormati kumpulan pertama jenazah warga Malaysia yang dibawa pulang hari ini.

    

Kenderaan jenazah membawa haluan berasingan dengan 13 daripadanya menuju ke beberapa tanah perkuburan mengikut permintaan waris dan keluarga mangsa.

    

Pesawat angkatan tentera C130 menerbangkan dua jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, sementara helikopter EC725 menerbangkan jenazah dua lagi mangsa ke Pagoh dan Segamat, Johor.   

  

Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 itu mendarat di KLIA pada pukul 9.54 pagi ini selepas 12 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam.

    

Sejumlah 43 warga Malaysia terbunuh apabila MH17 ditembak jatuh di timur Ukaine pada 17 Julai.

11.08 pagi: Jenazah mangsa tragedi MH17 Ariza Ghazalee dan anaknya Muhammad Afif Thambi dibawa menaiki pesawat tentera untuk dibawa pulang ke Kuching.

12.10 tengahari: Helicopter EC725 yang membawa jenazah Mohd Ali Md Salim tiba di IKBN Pagoh.

12.12 tengahari: Pesawat C130 membawa dua jenazah rakyat Perak tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

12.20 tengahari: Jenazah dua kakitangan MAS, Nur Shazana Mohamed Salleh dan Ahmad Hakimi Hanapi tiba di Masjid Putra, Putrajaya,

12.20 tengahari: Raja Muda Perak tiba di Lapangan Terbang Tekah, Assam Kumbang, Taiping untuk istiadat penghormatan penerimaan jenazah anak kapal MH17 Azrina Yakob.

12.30 tengahari: Solat jenazah di Masjid Putra, Putrajaya diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

12.35 tengahari: Jenazah Foo Ming Lee sampai di Nirvana Memorial Centre Jalan Sungai Besi untuk upacara keagamaan.

12.35 tengahari: Jenazah penumpang Noor Rahimmah Mohd Nor serta anak kapal MH17 mendiang Chong Yee Pheng masing-masing dibawa van jenazah ke kediaman keluarga di Tambun dan Taman Pertama, Ipoh.

12.35 tengahari: Jenazah Karamjit Singh Karnail Singh tiba di Taman Peringatan Nirvana, Seksyen 21 Shah Alam.

12.35 tengahari: Helikopter EC725 TUDM membawa jenazah anak kapal MH17 Azrina Yakob tiba di Lapangan Terbang Tekah, Assam Kumbang, Taiping.

12.50 tengahari: Jenazah anak kapal MH17 Dora Shahila Kassim tiba di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, KL

12.50 tengahari : Jenazah Paul Rajasingam/Sivagnanam dan Mabel Anthony Samy tiba di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi

12.55 tengahari: Jenazah penumpang MH17 Noor Rahimmah Mohd Nor tiba di kediaman keluarganya di Kampung Rizab Melayu Tambun, Ipoh.

12.55 tengahari: Jenazah anak kapal MH17 Chong Yee Pheng tiba di kediaman keluarganya di Taman Pertama, Ipoh.

12.55 tengahari: Jenazah pramugari MH17 Azrina Yakob tiba di Masjid Al-Hidayah, Jalan Muzzafar Shah, Assam Kumbang, Taiping.

1 tengahari: Jenazah dua kakitangan MAS, Nur Shazana Mohamed Salleh dan Ahmad Hakimi Hanapi tiba dii Tanah Perkuburan Islam Putrajaya untuk pengebumian.

1 tengahari: Abu mayat pramugari MAS Angeline Premila Ranjandaran tiba di rumah keluarganya di Bukit Tinggi, Klang.

1 tengahari: Abu mayat Elisabeth Ng Lyeti tiba di Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras.

1.20 petang: Solat jenazah penumpang MH17 Noor Rahimmah Mohd Noor diimamkan ADUN Manjoi Muhammad Ziad Zainal Abidin di kediaman keluarganya dan akan disembahyangkan sekali lagi selepas solat Jumaat di Masjid Al-Amin, Tambun, Ipoh.

1.30 tengahari: Menteri Liow Tiong Lai hadir di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi.

1.30 tengahari: Jenazah anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.

2.20 petang: Jenazah pramugari MAS, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin disembahyangkan di Masjid Usamah Zaid sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam Batu Muda, Gombak.

2.22 petang: Pesawat yang membawa jenazah Ariza Ghazalee dan anaknya Muhammad Afif Tambi tiba di Pangkalan TUDM Kuching.

2.26 petang: Kenderaan yang membawa jenazah Mohd Ali Md Salim tiba di kediaman keluarganya di Kampung Jayor, Pagoh.

TPM Muhyiddin, MB Johor Khaled Nordin bersama orang ramai menunaikan solat jenazah di kediaman keluarga Mohd Ali Md Salim di Kampung Jayor, Pagoh.

2.30 petang: Jenazah anak kapal MH17 Azrina Yakob tiba di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, Taiping.

2.40 petang: Jenazah pramugari MAS, Dora Shahila Kassim tiba di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, KL.

2.40 petang: Jenazah Hamfazlin Sham Mohamed Arifin tiba di tanah perkuburan Batu Muda, Gombak.

3.10 petang: Jenazah pembantu juruterbang pesawat MH17, Ahmad Hakimi Hanapi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Putrajaya.

3.10 petang: Jenazah Hamfazlin Sham Mohamed Arifin selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Batu Muda, Gombak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS