Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas MB berdepan tuduhan fitnah jenayah
Diterbitkan:  Aug 23, 2014 3:34 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka akan dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan fitnah jenayah pada hari Isnin.

Beliau merupakan antara beberapa pemimpin Pakatan yang menghadapi tuduhan jenayah sejak pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dalam kenyataannya berkata Nizar akan diheret ke mahkamah atas kenyataannya berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu forum pada 2011.

"Jika perdana menteri berasa Nizar memfitnahnya, Najib patut mengupah peguam untuk menyaman (Nizar) untuk gantirugi, bukannya menggunakan badan kehakiman untuk menganiaya pemimpin pembangkang,” katanya.

Tambahnya, tuduhan fitnah jenayah juga amat jarang digunakan dan akan menjejaskan imej Najib sebagai pemimpin yang berjanji untuk melaksana dasar demokratik.

Ketika dihubungi, Nizar mengesahkan bahawa beliau akan dituduh mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Isnin, 9 pagi di Mahkamah Sesyen Ipoh untuk pertuduhan,” katanya dalam satu kiriman SMS kepada Malysiakini.

Nizar, yang juga ketua pembangkang Perak, berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Sekiranya disabit kesalahan atau dipenjara sekurang-kurangnya sebulan atau dendan RM2,000 atau lebih, Nizar yang juga ADUN Changkat Jering akan gugur kelayakan sebagai ADUN.

Nga meminta para penyokong memakai pakaian berwarna hitam pada hari Isnin sebagai tanda protes.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS