Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali percaya hubungan PKR dan PAS yang kurang mesra di Terengganu dan Kelantan boleh diselesaikan dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Menurutnya, beliau tetap mendengar dan menghormati keresahan yang dizahirkan dua perwakilan yang membangkitkan perkara tersebut dalam ucapan mereka.

"Kita menghormati pandangan perwakilan yang melahirkan beberapa keresahan, tetapi tanggungjawab kita adalah untuk memastikan Pakatan Rakyat terus kuat dan utuh.

"Saya tak lihat ia sebagai satu masalah nasional. Ia satu masalah terpinggir yang boleh diselesaikan secara muafakat dan menurut pandangan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah pandangan delegasi dlm kongres dan kita tak boleh halang pandangan mereka.

"Saya memberi jaminan perkara yang dibangkitkan tadi khususnya di negeri Terengganu boleh diselesaikan menurut semangat muafakat Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Kongres Nasional ke-10 PKR ditangguhkan petang ini.

Wakil Terengganu, Azlan Che Mat dalam menyokong usul antarabangsa mendakwa PKR "diinjak-injak" dan dibuli oleh PAS di Terengganu.

Wakil Kelantan, Saharun Ibrahim pula mendakwa PKR kalah di kerusi Pengkalan Kubor dalam pilihan raya umum lalu kerana dikhianati "parti sahabat" mereka di Kelantan.

DUN Pengkalan Kubor kini kosong akibat kematian wakil rakyatnya Rabu lalu.

Lihat Komen
ADS