Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muslimat PAS minta PKR beri laluan di Pgkl Kubor
Diterbitkan:  Aug 23, 2014 7:23 PM
Dikemaskini: 11:52 AM

Dewan Muslimat PAS meminta PKR menyerahkan semula kerusi DUN Pengkalan Kubor untuk memberi laluan kepada parti itu bertanding dalam pilihan raya kecil itu kelak.

Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusof berkata pengundi di DUN itu memerlukan "selera baru" selepas PKR tewas dalam pilihan raya umum sejak dua penggal lalu, lapor Sinar Harian Online hari ini.

Laporan itu menyebut MP Rantau Panjang itu berkata pihaknya yakin pucuk pimpinan parti bijak mempertimbangkan dengan menilai sejarah lalu bagi memberi laluan kepada PAS sekalipun calon mana-mana parti belum ditentukan lagi.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baru.

“Pas perlu mengisi tempat itu (DUN Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” katanya seperti dilapor portal berita itu.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas calon BN Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, Rabu lalu

Pada pilihan raya umum itu, beliau menewaskan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Noor Zahidi memperolehi 10,174 undi manakala Shaharun mendapat 8,438 undi dan Izat mendapat 65 undi.

Sementara itu, mengulas permintaan Muslimat PAS, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara tersebut akan dibincangkan oleh Timbalan Presiden Azmin Ali dengan kepimpinan PAS.

"Memang Keadilan Kelantan minta, Azmin telah sampaikan (ia) kerusi Keadilan. Tetapi oleh kerana (hal) ini dibangkit oleh (Muslimat) PAS, maka kita fikir wajar dibincangkan. Itu cara kita," katanya kepada pemberita.

Ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, bekas calon PKR Saharun menyalahkan "parti sahabat" PKR di negeri itu yang didakwanya menyebabkan mereka tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Lihat Komen
ADS