Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MP Padang Serai N Surenderan sekali lagi akan dituduh menghasut di mahkamah esok.

Kali ini, beliau disiasat polis berhubung kenyataannya mengenai rayuan kes Liwat II yang dihadapi ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surendran bertindak sebagai peguam Anwar dalam kes tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Surendran berkata kenyataan beliau akan dirakam di balai polis Pudu lewat hari ini.

Siasatan dijalankan oleh pegawai dari ibu pejabat polis Temerloh, susulan satu laporan yang dibuat ke atas peguam berkenaan.

Laporan berkenaan adalah berhubung kenyataan Surendran bahawa tuduhan Liwat II ke atas Anwar merupakan konspirasi politik melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada 19 Ogos lalu, Surendran didakwa mengikut Akta Hasutan atas satu kenyataan yang dibuat pada April lalu mengenai penghakiman bertulis mengenai sabitan Anwar di Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga akan disiasat esok menggunakan seksyen yang sama terhadap Surendran.

Ini ekoran kenyataannya yang disiarkan oleh The Edge dan FZ.com pada Februari lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS