Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Ab Samad berkata beliau akan bermesyuarat dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali malam ini bagi membincangkan isu nama calon menteri besar Selangor.

Bagaimanapun beliau berkata keputusan terakhir tetap di tangan PAS pusat yang akan bermesyuarat mengenai perkara ini dalam masa terdekat.

"Perkara ini akan dibincang di peringkat pusat akan mereka akan minta pandangan dari kami (PAS Selangor).

"Kesemuanya akan ditentukan oleh PAS pusat nanti. Setakat ini mereka belum bermesyuarat," kata Iskandar dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Mustafa ketika dihubungi Malaysiakini tadi berkata PAS masih belum memutuskan mengenai calon bagi jawatan tersebut.

Beliau berkata PAS perlu melihat kandungan surat itu sebelum membuat sebarang keputusan dan berpegang kepada keputusan mesyuarat lalu.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS