Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berlepas ke Ankara malam ini untuk mewakili kerajaan Malaysia pada majlis pelantikan Presiden baharu Turki yang dijadual Khamis.

Pesawat khas itu, yang membawa Muhyiddin ( kiri ) yang melakukan lawatan kerja ke Turki dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Subang pada 10.20 malam.

Muhyiddin dijadual berlepas pulang ke Malaysia dari Ankara selepas majlis pelantikan itu dan jamuan rasmi pada Khamis malam.

Selepas 11 tahun menjadi perdana menteri, Recep Tayyip Erdogan kini bersedia menjadi presiden pertama Turki yang dipilih rakyat dalam pilihan raya presiden 2014.

Pada 10 Ogos lepas, Erdogan memenangi pilihan raya itu dengan memperoleh 52 peratus undi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS