Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki maut kereta terjunam dalam parit
Diterbitkan:  Aug 28, 2014 5:25 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Bagaimanapun seorang lagi penumpang yang dipercayai ibu mangsa selamat dalam kejadian di Kota Tinggi kira-kira jam 8.45 malam itu.

Seorang lelaki mati lemas apabila keretanya terbabas lalu terjunam ke dalam parit di Kilometer 34, Jalan Sungai Rengit di Kota Tinggi malam tadi.

    

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata Mohamad Iswan A. Hamid, 39, mati di tempat kejadian selepas terperangkap di dalam kereta yang dipenuhi air.

    

Bagaimanapun seorang lagi penumpang yang dipercayai ibu mangsa selamat dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu.

    

"Mangsa dipercayai terlelap mengakibatkan keretanya gagal dikawal lalu terhumban ke dalam parit," katanya.

    

Jenazah mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sening, Kota Tinggi.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS