Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS Selangor hari ini berkata pihaknya tidak pernah menghantar senarai nama ADUN PAS kepada kepimpinan parti untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menafikan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyatakan PAS telah menghantar empat nama kepada kepimpinan PAS pusat supaya dipertimbangkan untuk dicalonkan menduduki jawatan itu.

"PAS Selangor tidak pernah menghantar sebarang nama daripada PAS untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mengulangi bahawa kepimpinan tertinggi PAS akan membuat keputusan akhir berhubung calon nama yang akan dihantar kepada pihak Istana dan PAS negeri itu akan menyokong "apa sahaja keputusan" dibuat oleh parti.

Laporan itu memetik sumber sebagai berkata empat ADUN yang dicalonkan ialah Iskandar, Timbalan Pesuruhjaya I Selangor, Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak), Bendahari PAS Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan ADUN Tanjung Sepat Mohd Haslin Hassan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS