Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rafizi: ADUN lain PKR mesti tolak jika dicalon MB
Diterbitkan:  Aug 29, 2014 3:00 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua AMK yang baru, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menolak tawaran Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang mencalonkan namanya sebagai menteri besar Selangor.

MP Pandan itu turut memuji tindakan ADUN Kelana Jaya itu yang secara terbuka menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu.

Rafizi juga meminta semua ADUN PKR Selangor supaya membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Kenyataan terbuka oleh setiap ADUN PKR di Selangor yang menyokong pencalonan Wan Azizah dan menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak yang lain adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan kita dalam melawan Umno/Barisan Nasional," katanya.

Tan Sri Khalid Ibrahim pada Selasa memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor tetapi sultan menangguh menerima peletakan jawatan itu sehingga penggantinya ditentukan.

Selain itu, baginda turut menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid.

Lihat Komen
ADS