Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Untung sebelum cukai CIMB jatuh ke RM2.71b
Diterbitkan:  Aug 29, 2014 3:31 PM
Dikemaskini: 12:30 PM

Keuntungan sebelum cukai CIMB Group Holdings Bhd untuk separuh pertama berakhir 30 Jun 2014 jatuh kepada RM2.71 bilion berbanding RM3.1 bilion dalam tempoh yang sama pada 2013.

    

Pendapatannya susut kepada RM6.94 bilion daripada RM7.39 bilion sebelum ini, kata CIMB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

    

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Nazir Razak, berkata ia adalah separuh pertama yang sukar berikutan keadaan yang mencabar di Indonesia serta kejatuhan rupiah yang mendadak yang mengurangkan sumbangan keuntungan sebelum cukai CIMB Niaga sebanyak 19.8 peratus.

    

"CIMB Niaga adalah komponen yang besar portfolio kumpulan dan persekitaran operasi di Indonesia dijangka kekal mencabar ketika perubahan mendadak syarat perniagaan di Indoneia, kadar faedah serta mata wang tahun lalu menjejaskan peminjam serta kecairan dalam sistem," katanya.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS