Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi pemimpin Pakatan disiasat menghasut
Diterbitkan:  Aug 29, 2014 3:32 PM
Dikemaskini: 7:35 AM

Seorang lagi pemimpin pembangkang hari ini akan disiasat dan didakwa atas kesalahan menghasut.

Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim hari ini dipanggil memberi keterangan di balai polis Shah Alam pada pukul 2.30 petang berhubung kenyataannya mengenai sultan Selangor berhubung krisis menteri besar.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan – seksyen yang sama di mana Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran dituduh dua kali, secara berasingan, sebelum ini.

Hasan ( kanan ) disiasat berikutan laporan polis yang dibuat oleh PERKASA pada 16 Ogos lalu berhubung tulisan di Twitternya yang didakwa menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah.

NGO pendesak Melayu itu merujuk tweet Hassan yang bertulis: "Sultan jenis apa dia ini? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri."

Dalam tweet berasingan, Hassan turut menggesa sultan dan penyandang menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya belajar daripada krisis di Perak.

[baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS