Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan negeri akan pertahan anggota PPS
Diterbitkan:  Aug 30, 2014 6:11 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berikrar untuk mempertahankan anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) dari sebarang tindakan polis atas penglibatan mereka dengan pertubuhan tersebut.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyediakan peguam dan dana guaman untuk membela mana-mana anggota PPS yang ditahan secara salah oleh polis, bukan atas apa-apa kesalahan jenayah, tetapi kerana baik hati dan membantu orang ramai.

"Ini susulan kepada ugutan berbentuk membuli oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar yang berkata polis akan menahan anggota PPS sekiranya mereka meneruskan aktiviti mereka,” kata Lim dalam kenyataannya.

Khalid semalam dilaporkan berkata PPS menyimpang dari objektif keselamatan awam dan menyerang anggota awam, dengan dua laporan polis dibuat ke atas badan tersebut setakat ini.

Tidak persoal empat tahun lalu

Beliau juga mengisytiharkan PPS sebagai pertubuhan haram kerana tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.

Lim bagaimanapun menggelarkan Khalid sebagai “penipu” dan menegaskan bahawa PPS sentiasa menumpukan soal keselamatan orang awam.

Beliau juga berikrar bahawa kerajaan negeri akan bekerjasama sepenuhnya agar polis dapat mengambil tindakan tegas jika terdapat kes melibatkan jenayah dilakukan oleh PPS.

Tambahnya exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh bertanggungjawab memastikan anggota PPS yang melakukan kesalahan akan dihukum.

Katanya lagi, kesahan PPS dari segi undang-undang tidak dipersoalkan ketika ditubuhkan oleh kerajaan negeri empat tahun lalu, dan sehingga kini polis tempatan bekerjasama dengan badan tersebut.

Katanya lagi, PPS tiada perbezaan dengan jawatankasa pembangunan dan keselamatan kampung (JKKK) yang juga tidak berdaftar dengan ROS.

Beliau juga berkata, kes serangan terpencil tidak boleh dijadikan alasan untuk menghukum keseluruhan badan tersebut.

Lihat Komen
ADS