Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO: British pulang, tapi akta hasutan tidak
Diterbitkan:  Aug 31, 2014 12:10 PM
Dikemaskini: 5:30 AM

Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-57 daripada British hari ini.

Hari ini juga sebuah NGO mengkritik kerajaan kerana terus menggunakan Akta Hasutan 1948 yang diperkenalkan ketika era penjajahan itu.

Malah, kata Proham, undang-undang sama pernah digunakan British terhadap tokoh kemerdekaan terkenal India  Mahatma Gandhi untuk menutup kritikan terhadap keabsahan penguasaan penjajah.

“Proham berpandangan bahawa Akta Hasutan 1948 sebagai undang-undang yang diperkenalkan pertama kali oleh pentadbiran penjajah untuk menyekat aktiviti pejuang kemerdekaan,” kata kenyataan bersama pengerusi Progham Datuk Kuthbul Zaman dan setiausaha agungnya Dr Denison Jayasoor.

Bagaimanapun, kata mereka lagi, akta itu tidak digunakan secara meluas di Malaysia sebelum kemerdekaan berbanding pendekatan British di India.

Kerajaan sebelum ini pernah berjanji untuk memansuhkan akta kontroversi itu. Bagaimanapun, ia kini terus digunakan, termasuk terhadap beberapa ahli politik pembangkang akhir-akhir ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS