Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Serah diri sebelum kami serbu rumah
Diterbitkan:  Aug 31, 2014 12:22 PM
Dikemaskini: 9:51 AM

Selepas lebih 200 orang ditahan hari ini, polis menggesa anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) selebihnya menyerah diri selepas pasukan itu diisytihar tidak sah baru-baru ini.

“Eloklah mereka yang bertanggungjawab ke atas PPS ini segera menyerah diri sebelum kami serbu kediaman,” tulis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter hari ini.

Polis pagi ini menahan 152 anggota PPS Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di Pulau Pinang.

Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.

Lihat Komen
ADS