Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Utusan nobatkan Anwar 'raja nepotisme'
Diterbitkan:  Aug 31, 2014 12:50 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Pendirian Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap mahukan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor dilihat Utusan Malaysia sebagai mengingkari titah sultan.

Dalam ruangan pojok Awang Selamat yang menjadi lidah pengarang akhbar itu, Anwar disifatkan terlalu ekstrem kerana tetap mahukan Azizah.

Ini berlaku, tulis Awang Selamat, walaupun ketua pembangkang faham bahawa baginda ada kuasa bukan sahaja meminta lebih nama calon malah dalam melantik menteri besar.

"Siapa sebenarnya raja, sultan Selangor atau Anwar?

"Kepada Anwar, jika mahu bertindak seperti 'raja', Awang mahu beri gelaran iaitu 'raja nepotisme'," tulis Awang dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Selain itu, tulis Awang dalam akhbar milik Umno itu, jika Anwar mahu berjuang atas nama kepentingan rakyat, beliau harus terbuka mencalonkan lebih daripada satu nama kepada istana.

Malah, tulisan  turut mempersoalkan adakah  ADUN PKR yang lain di negeri itu tidak boleh dipercayai dan tidak layak pada pandangan Anwar.

Menurut tulisan itu lagi, tidak mengejutkan sekiranya Anwar selepas ini mahukan anaknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah menggantikan Wan Azizah sebagai presiden.

"Apakah ADUN PKR yang lain tidak boleh dipercayai dan tidak layak pada kaca mata Anwar seolah-olah mereka sekadar budak suruhan? Awang yakin Anwar hanya mahu seorang boneka menjadi menteri besar untuk kepentingan peribadi beliau, yang hal itu tidak boleh dibenarkan.

"Dari budaya demonstrasi liar, rusuhan dan isu pergaduhan serta penipuan pemilihan hinggalah kepada ingkar sultan, apakah ini yang Anwar mahu corakkan?” tulis Awang Selamat lagi.

Lihat Komen
ADS