Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO hak wanita kritik seksis isu MB
Diterbitkan:  Aug 31, 2014 4:16 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Sekumpulan NGO hak asasi wanita hari ini berkata, ahli politik wanita dilihat sukar untuk menjadi pemimpin walaupun negara ini telah merdeka lebih daripada setengah abad.

Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) berkata, perkara itu jelas ketara terutamanya apabila Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih belum diangkat sebagai menteri besar Selangor walaupun telah mendapat sokongan majoriti anggota DUN.

"Wanita yang memilih untuk memasuki dunia politik sering kali berdepan dengan masalah pilih kasih yang seksis dan dipertangunggjawabkan kepada standard lebih tinggi.

"Mereka sering menghadapi tuntutan bagi membuktikan mereka mampu dan layak," kata kenyataan media bersama Persatuan Bertindak Wanita (Awam), Wanita Untuk Wanita Perak (PWW) dan Sisters in Islam (SIS) hari ini.

"Buat masa ini, satu-satunya menteri besar yang mendapat sokongan majoriti daripada DUN Selangor ialah Wan Azizah,” kata kumpulan hak-hak wanita itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS