Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemain bola Piala Presiden JDT maut kemalangan

Seorang pemain bola sepak skuad Piala Presiden Johor Darul Ta'zim (JDT) meninggal dunia manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan sebuah kereta di KM43.5 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru, Kota Tinggi, di Johor Baharu tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Shahrul Anwar Md Idris berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah malam ketika Md Amirul Hakim Samsuddin, 18, dan rakannya Mohd Rafi Abu, 29, mengikuti konvoi beberapa buah motosikal dari arah Pasir Gudang untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara.

"Md Amirul Hakim menunggang motosikal terbabit manakala Mohd Rafi adalah pembonceng. Dipercayai motosikal mereka berlanggar dengan kereta yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahrul Anwar berkata Md Amirul Hakim yang dilaporkan parah di bahagian kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, Pandan, di Johor Baharu.

Beliau berkata rakannya turut dihantar ke hospital yang sama bagi menerima rawatan manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS