Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: 'K'jaan lancar kempen seperti Ops Lalang'
Diterbitkan:  Sep 1, 2014 12:39 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Kerajaan telah melancarkan tindakan sama seperti Operasi Lalang dengan penangkapan terbaru 156 anggota Unit Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim.

Sama seperti Operasi Lalang pada 1987 di mana 107 orang ditahan di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar berkata, tindakan keras itu "berlarutan dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat".

Ketika ditemui di Permatang Pauh semalam, ketua umum PKR itu berkata trend tersebut jelas menunjukkan yang kerajaan sedang bertindak terhadap setiap orang yang dapat menyuarakan pandangan mereka dengan berkesan.

Menurutnya, jika ini berterusan, terutamanya apabila ia menjejaskan ahli-ahli pembangkang, maka ia tidak baik untuk negeri atau negara, terutama sekali pada Hari Merdeka.

Anwar berkata PPS merupakan usaha negeri untuk membanteras jenayah dan untuk menyemai minat sukarelawan di kalangan belia dan ia perlu disokong oleh polis dan kerajaan persekutuan.

Ditubuhkan pada 2011, PPS mempunyai 299 pasukan dan 9,002 anggota di seluruh negeri itu, dan tugas utamanya ialah membantu ketika berlaku bencana dan menjalankan khidmat masyarakat.

Menurut Anwar, jika polis ada perkara yang hendak dibangkitkan berhubung dengan PPS, maka mereka perlu berunding dan bukan terus menangkap, terutama selepas mereka mengambil bahagian dalam perarakan sambutan Hari Merdeka semalam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS