Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sembilan lagi jenazah mangsa MH17 tiba di KLIA
Diterbitkan:  Sep 2, 2014 10:51 AM
Dikemaskini: 2:53 AM

Pesawat yang membawa sembilan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terdiri daripada tujuh warga Malaysia dan dua warga Belanda - tiba Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.30 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah  Mansor berada di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bersama anggota kelu­arga untuk menyambut ketibaan jenazah yang diterbangkan ke Malaysia dengan lima keranda dan empat kendi berisi abu mayat.

Penerbangan MH17 telah ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS