Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid dakwa kenyataan disalah tafsir
Diterbitkan:  Sep 2, 2014 4:48 PM
Dikemaskini: 12:33 PM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataannya yang menyifatkan golongan bukan Melayu sebagai “angkuh dan menghina bumiputera, Raja dan Islam” telah disalah tafsir.

Katanya, kenyataan beliau itu merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP yang tidak menghormati perasaan orang Melayu, dan bukannya kesemua orang bukan Islam.

Perkara ini boleh dilihat terutamanya melalui komen di “portal propembangkang dan media sosial”, katanya seperti dipetik dalam laporan The Star .

Menurutnya, ia berbeza di pihak parti komponen BN yang tidak bersikap rasis dan membincangkan keputusan yang boleh menjejaskan negara.

“Namun tidak boleh dinafikan bahawa penyokong DAP mengambil pendekatan berbeza dengan kaedah politik angkuh mereka,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan The Star itu merujuk kepada laporan portal TheSunDaily semalam, yang melaporkan Zahid berkata orang-orang Melayu kini "membayar harga" akibat terlalu baik kepada orang bukan Melayu.

Naib presiden Umno itu mendakwa orang bukan Melayu kini semakin angkuh dan menghina bumiputera, Raja dan Islam.

Kenyataan dilaporkan dibuat Zahid sewaktu merasmikan mesyuarat Umno bahagian Segambut.

Lihat Komen
ADS