Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS Perak ungkit 'tazkirah' Zahid masa PRK
Diterbitkan:  Sep 2, 2014 5:00 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Pemuda PAS Perak hari ini membangkitkan tindakan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan “tazkirah” dalam sebuah masjid di Perak dalam pilihan raya kecil Teluk Intan Mei lalu.

Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Yaakob ( kanan ) mendakwa, tindakan “berkempen” itu menyalah guna Masjid Abdul Salam Al-Mas'ud di Sungai Kerawai dan tidak menghormati titah sultan agar masjid tidak digunakan untuk tujuan politik.

“Jika tiada tindakan kepada Datuk Seri Zahid, ia membuktikan siapa sahaja boleh melakukan perkara yang sama di masa akan datang,” kata Iskandar.

Dalam kenyataannya itu, beliau turut melampirkan rakaman gambar kemas kini Twitter Zahid berhubung program itu, yang memaparkan kapsyen berbunyi:

"Menyampaikan ahlil dan ceramah Israk Mikraj".

Gambar dimuat naik ke laman blog mikro itu menunjukkan Zahid sedang berucap dalam sebuah masjid dan memakai songkok hitam dengan lilit putih sebagai tanda berkabung.

Dalam kenyataannya hari ini, Iskandar juga berkata, tindakan Zahid yang berkempen semasa rakyat Perak dengan kemangkatan Sultan Azlan Shah sebagai tidak wajar.

“Sebagai seorang pemimpin utama kerajaan persekutuan dan pemimpin utama sebuah parti politik, pemerintah serta seorang yang beragama Islam dan berpendidikan Islam beliau (Zahid) tidak sensitif,” katanya.

Iskandar juga menegaskan pihaknya bersedia mengemukakan bukti kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) supaya tindakan boleh diambil.

Lihat Komen
ADS