Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anak Taib Mahmud nafi bapanya terkaya di M'sia

Anak bekas ketua menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib hari ini menafikan dakwaan bahawa bapanya, Tun Abdul Taib Mahmud merupakan orang terkaya di Malaysia.

Memberi keterangan sewaktu disoal peguamnya, Datuk Seri Zainur Rijal Abu Bakar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini, Bekir juga menafikan beliau mengasari bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid.

Menurutnya, dakwaan kekasaran itu dibuat bekas isterinya itu sewaktu sedang marah dan ia adalah dakwaan kosong dan palsu.

Abu Bekir, 50 tahun, berkata beliau tidak pernah memukul Shahnaz dan beliau sendiri adalah seorang yang pemalu.

Beliau menafikan kenyataan Shahnaz yang mendakwa beliau seorang yang ganas dan panas baran seperti terkandung dalam kenyataan tuntutan mutaah yang dibuat Shahnaz.

Sebaliknya dakwa Bekir, Shahnazlah yang bertindak kasar terhadapnya dengan mencakar muka beliau apabila berlaku pertengkaran.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS