Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR dan DAP sudah menyerahkan nama yang dicalonkan mereka sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan penyandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, surat itu telah dipersembahkan kepada istana semalam.

Bercakap kepada Malaysiakini , beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Ketua DAP Selangor Tony Pua pula berkata mereka menghantar pencalonan hari ini walaupun tarikh akhir berbuat demikian sehingga esok.

Beliau mengesahkan PKR dan DAP hanya mencalonkan satu nama, iaitu Datuk Seri Wan Azizah Ismail, seperti dipersetujui sebelum ini.

PAS akan menghantar nama kepada istana esok.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS