Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR nafi akan namakan Azmin calon alternatif
Diterbitkan:  Sep 3, 2014 2:48 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan laporan media bahawa parti itu akan mencalonkan Timbalan Presiden, Azmin Ali untuk jawatan menteri besar Selangor sekiranya istana menolak pencalonan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Saifuddin berkata mesyuarat majlis kepimpinan pusat parti itu malam  tadi hanya membuat dua keputusan semalam, satu daripadanya adalah untuk mengesahkan sokongannya terhadap pencalonan Wan Azizah untuk jawatan tertinggi.

Satu lagi keputusan ialah cadangan PKR Kelantan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubur akan diputuskan melalui perbincangan bersama pimpinan pusat PKR dan PAS dalam masa terdekat.

'Amalan AstroAwani yang secara berterusan melaporkan isu menteri besar Selangor tanpa memetik sumber rasmi PKR amat dikesali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat malam tadi adalah mesyuarat pertama barisan baru majlis pimpinan pusat PKR selepas pemilihan parti itu.

Saifuddin juga menafikan laporan New Straits Times (NST) kononnya PKR menghantar dua nama calon menteri besar Selangor, yang menurutnya, sama sekali tidak tepat.

"Laporan NST yang tidak bersandarkan kepada sumber rasmi PKR adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali," kata Saifuddin dalam satu kenyataan berasingan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS